Sunday, August 30, 2009

Undang-undang dan peraturan!


Sekian harap maklum.




Promosi Ramadhan

assalamualaikum,

Pada bulan ramadhan yang mulia ini, saya sebagai wakil Bvision group ingin mengucapkan selamat menyambut bulan ramadhan kepada semua umat islam yang berada di Brunei Darussalam. sempena bulan yang mulia ini, syarikat kami ingin menperkenalkan promosi memancing dan riadah di bulan puasa ini. Disini kami telah sedia menerima tempahan pada bila-bila masa sahaja. untuk keterangan lanjut sila rujuk dibawah:-
  • Harga adalah $10 untuk seorang (hanya pada promosi ramadhan) dan limit keramaian hanya lah di hadkan kepada 8 org sahaja.
  • kami juga menyediakan perkhidmatan mengantar mengambil dari penurunan perahu di pengkalan sibabau mentiri.
  • masa memancing adalah dari pukul 7 pagi hingga 4:30 ptg.
  • umpan pancing tidak kami sediakan. (insyallah berangkali selepas raya kami akan mempertimbangkan untuk menyediakan umpan)

sekian harap maklum.

Monday, June 22, 2009

project memancing dan riadah

Selain menyediakan perkhidmatan menternak ikan, kami juga menyediakan fasiliti bagi memancing dan tempat riadah sekeluarga. setakat ini, kerja-kerja pengubahsuaian bagi project memancing dan riadah telah hampir siap.


Disamping itu, kami juga menyediakan tempat BBQ dan juga tempat berehat bagi para pemancing. Adalah disini, kami amat mengutamakan keselamat keatas semua pengunjung di sangkar kami. kerana itu kami menyediakan life jacket untuk kemudahan keselamatan untuk para pemancing dan para pengunjung yang singgah di sangkar kami.


Dalam masa terdekat ini insyallah, kami akan menpost sekiranya project kami ini telah siap dan sedia untuk menerima tempahan bagi memancing. sekian harap maklum.


Wednesday, April 29, 2009

NOTIS!

kepada para pemancing sekalian. insyallah, pada pertengahan bulan 5 ini kami akan menyidiakan tempat memancing di tempat sangkar ikan kami. segala pertanyaan dan soalan sila e-mail ke ikansangkar@yahoo.com. sekian harap maklum!

Friday, February 20, 2009

Perusahaan Bermula

Perusahaan ikan dalam sangkar bermula pada tahun 2001, di tempatkan di kawasan perairan tanjung pelumpong, oleh sebab faktor keadaan yang tidak mengizinkan seperti keadaan air yang beralun kuat dan air kemerah merahan maka sangkar ikan ini dengan keizinan jabatan perikanan dipindahkan ke perairan pulau keingaran, pulau keingaran boleh dilihat dari tempat penurunan perahu di pangkalan sibabau, kampung mentiri,muara.

pada permulaan perusahaan ikan dalam sangkar,syarikat cuma dapat membuat sepuluh sangkar untuk tempuh percubaan,akan tetapi pada tahun seterusnya penambahan sangkar sangkar dapat dibesarkan sehinggalah sekarang pihak syarikat dapat membuat sebanyak 96 buah sangkar.

bermacam macam jenis ikan yang dipelihara didalam sangkar seperti,ikan selungsung,ikan kerapu,ikan bara barahan (merah) , ikan putih (languran,kalaketuk,aliran) dan kromis (talapia)

Benih benih anak ikan seperti ikan selungsung selalunya didapati melalui import akan tetapi
pada tahun 2008 percubaan menetaskan benih ikan dapat dilakukan oleh salah sebuah syarikat
yang berkecimpung dalam ternakan ikan dalam sangkar,manakala benih benih ikan yang lain
bolih didapati didalam negeri.

Ikan ikan yang dipelihara setelah mencapai berat 800 gram adalah ideal untuk dipasarkan,
kalau mengikut sistem lama permakanan yang diberikan cuma mengunakan ikan kisar (ikan ikan yang diperolihi dari kapal kapal tunda khas untuk makanan ikan sangkar) akan mengambil masa 8 ke 9 bulan baru dapat dipasarkan, akan tetapi dengan adanya palet (jenis makanan khas) ikan ikan dapat dipasarkan 5 ke 6 bulan lebih sahaja.

Memandangkan pasaran yang meluas dan permintaan yang banyak tentang ikan selungsung maka keutamaan pada memelihara ikan ini dibuat meluas oleh pengusaha.

jika anda ingin membuat sebarang pertanyaan tentang produk yang ditawarkan sila email kepada berjaya_aquaculture@yahoo.com